laluan iklan

Sunday, 12 October 2014

32 weeks: Carpal Tunnel Syndrome semas mengandung

Share

Alhamdulillah harini 12/10/2014 genap 32 minggu usia kandungan mama..

Dan untuk perkongsian minggu ini, saya nak share tentang sakit-sakit dan kebas-kebas di bahagian pergelangan tangan atau lebih dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome.
Saya start to notice sejak 2 hari lepas terutamanya waktu pagi sewantu bangun tidur..Kedua-dua belah tangan terasa sakit dan tidak boleh digerakkan terutamanya sebelah kiri.

Melalui pembacaan saya syndrome ini lebih kerap berlaku kepada wanita hamil yang banyak menggunakan tangan semasa bekerja (menaip dan menulis di board semasa mengajar kot) dan juga disebabkan saiz bayi yang semakin membesar.

untuk pembacaan lanjut boleh rujuk pada blog Dr Zubaidi http://drzubaidi.com/blog/rasa-kebas-tangan-semasa-hamil/

Antara tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan 'tingling sensation' ini:
1) memakai wrist braces ketika bekerja dan tidur
2) sentiasa menukar posisi tidur dan alaskan tengan dengan bantal
3)banyakkan senaman rengangan tangan di siang hari
4)mengamalkan pemakanan vitamin B6
5) kurangkan penggunakan tangan semasa bekerja
6) henti rokok dan hentikan pengambilan kafein





Kalau sakit berterusan silalah berjumpa dengan doktor.





Thanks for reading

Saturday, 11 October 2014

baby sedu dalam kandungan/rahim

Share

Assalamualaikum..

Harini 11/10/2014...dalam pukul 7 malam..anak mama sedu non stop dalam 15 minit. Mula-mula rasa pelik juga kenapa baby tendang kerap sangat dan selang beberapa saat (berskala tetap).Walaupun mama pernah rasa sebelum ni, tapi kali ni bukan main lagi si kecil mama hiccup



Fakta mengenai sedu bayi dalam kandungan

  • It's normal. Kebanyakkan ibu merasainya. ^_^
  • Tanda baby dah mula matang. 
  • Baby sedang berlatih untuk melakukan pernafasan bila lahir kelak
  • Ia sebenarnya aktiviti diaphram turun naik
  • Ia lebih ketara dirasai apabila kandungan usia mencapai 24 minggu dan seterusnya.
  • Ultrasound boleh kesan bayi sedu sendawa seawal usia 16 minggu





Thanks for reading

Monday, 6 October 2014

31 weeks: Bolehkah naik flight ketika hamil

Share
Alhamdulillah 5/10/2014 genap 31 minggu kandungan mama..baby dah mula aktif macam dulu..mungkin penangan hari raya aidiladha ^_^

Beraya di perantauan kali ini berbeza dari sebelum-sebelum ini, satu adalah kerana suami tiada di sini, kedua kerana kehamilan..so emosi kurang stabil dan air mata sukar ditahan daripada mengalir..tapi demi si kecil dalam rahim mama...mama promise untuk tak emo emo lagi.



okeh..back  to the topic..

tajuk ini sesuai untuk mama yang berada jauh dari suami or PJJ. Mengikut pengalaman, almost every months akan balik semanjung untuk jumpa suami and ada masanya sampai 2 kali sebulan..To be honest memang sangat risau takut apa-apa jadi pada kandungan, Namun, alhamdulillah semua ok!!

Bagi mereka yang tinggal di Labuan, untuk pulang ke KL cuma ada 2 flight saja, iaitu samada guna mas atau air asia. Berikut adalah syarat dan polisi MAS dan AIRASIA untuk penumpang yang hamil.

AIRASIA

Menjadi kewajiban penumpang hamil untuk memberitahu kami tentang tahap kehamilan mereka ketika menempah Tempat Duduk dan di kaunter daftar masuk. Pengangkutan bagi penumpang hamil tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

1.       Kehamilan sehingga 27 minggu (termasuk): Tetamu hendaklah menandatangani Penyata Liabiliti Terhad AirAsia/AirAsia X semasa daftar masuk untuk membebaskan AirAsia/Airasia X daripada apa-apa liabiliti yang timbul akibat pengangkutan semasa kehamilan tersebut.
2.       Kehamilan antara 28 minggu hingga 34 minggu (termasuk):
- Tetamu perlu menyerahkan surat akuan doktor yang disahkan. 
- Surat akuan doktor itu mengesahkan bilangan minggu kehamilan dan surat tersebut hendaklah bertarikh tidak melebihi tiga puluh (30) hari dari tarikh perlepasan yang dijadualkan untuk penerbangan keluar atau masuk ke dalam negara, mengikut mana yang berkenaan.
b2. Tetamu hendaklah menandatangani Penyata Liabiliti Terhad AirAsia/AirAsia X semasa daftar masuk untuk membebaskan AirAsia/Airasia X daripada apa-apa liabiliti yang timbul akibat pengangkutan semasa kehamilan tersebut.

3.       Kehamilan pada atau melebihi 35 minggu: pengangkutan dalam penerbangan AirAsia/AirAsia X tidak dibenarkan.

MAS
  1. Penumpang hamil normal boleh menaiki pesawat sehingga usia kehamilan 35 minggu
  2. Surat keterangan doctor harus di bawa untuk mengesahkan bahawa penumpang tiada komplikasi untuk berada dalam pesawat bergantung pada tarikh kelahiran yang dijangkakan\
  3. MAS tidak membernarkan penerbangan bagi penumang hamil pada bulan terakhir kehamilan sehingga tujuh hari sebelum tarikh melahirkan dijangkakan


NOTA KAKI

  • surat doktor boleh minta dari klinik kesihatan atau klinik swasta
  • air asia lebih banyak kerenah daripada mas. Kalau naik airasia siap nak tengok buku pink sebagai bukti, kalau mas sekadar cakap ada surat sudah memadai, tak tengok pon surat tu.huhu
  • Kalau naik 5 bulan ke atas sangat normal untuk baby gerak aktif dalam perut...mungkin sbb bunyi atau tekanan dalam flight..ataupun excited naik kapal terbang.
  • duduk di bahagian aisle @ laluan tengah untuk memudahkan mama ke tandas..
  • minum banyak air tau..sebab kita akan mudah dehidrasi. 





Thanks for reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...