laluan iklan

Friday, 27 March 2009

Sedekah Pintu ke Syurga Allah

Share So hari ni nk berkongsi tentang amalan bersedekah..banyakkan lah bersedekah..ramai orang di luar sana sangat memerlukan pertolongan dan bantuan daripada kita. orang yang memerlukan lagi ramai dari yang menyumbang..risau saya bila dapat makan sedap-sedap dan tidur dengan selesa sebab ramai lagi orang di luar sana yang tiada makanan untuk di makan..sampai ada yang xde tempat nak tido.

sebenarnya baru jer balik dari charity shop berhampiran rumah. Seronok sangat pergi situ sebab barang-barang kat situ murah sangat. Tapi apa yang lebih penting kita dapat bersekah. wang yang kita gunakan untuk beli barang2 kat situ semuanya akan digunakan untuk mereka yang memerlukan. Bayangkan sebuah hospital ditubuhkan tanpa perlu membayar kos perubatan kerana wang didapati melalui sumbangan orang ramai. Betapa aman dan bahagia dunia ini kalau semua orang bersedekah kerana Allah. Terasa senang hati bila dapat menolong orang yang memerlukan nie..(^_^)

Kenapa kita slalu rasa berat nak keluarkan harta kita untuk membantu mereka yang memerlukan..terasa seperti harta yang ada perlu disimpan untuk masa depan.tapi wujud lagi ke kita masa tu? masih hidup ka kita di muka bumi Allah ini..Harta yang kita miliki sekarang bukannya harta yang kita boleh dapat dengan sesuka hati..Nak dpatkan duit pown kna yang halal..sebab apa? Sebab harta nie semua milik Allah..Allah yang berikan kepada kita.

Banyakkanlah bersedekah..sebab bersedekah kan amalan mulia dan disunatkan oleh Allah..Allah bagi ganjaran yang lebih besar nilainya dari harta yang kita miliki. Kalau dijumlahkan dengan harta yang kita ada..sedikit pown xdapat tandingi pahala yang Allah berikan kepada mereka yang tulus dan ikhlas melakukannya..Siapa lagi yang boleh beri kita pahala selain Allah?tak nak ke pahala untuk masuk syurga nanti?

“Siapakah orangnya yang (mahu) mmberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipatgandakan akan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah) Allah jualah yang menyempit dan meluaskan (pemberian rezeki), dan kepadaNya lah kamu semua dikembalikan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 245)


Firman Allah di dalam ayat yang lain:
“Dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan berikanlah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah amat Pengampun, lagi amat Mengasihani.”
(Surah Al-Muzzammil, ayat 20)


Rasulullah SAW juga menggalakan kita untuk bersedekah.Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
Tangan yang di atas (orang yang memberi) itu lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima).

Seelok-elok bersedekah tu bagilah bnda yang terbaik. jangan bagi benda yang dah buruk dan tak boleh dimanfaatkan lagi. Firman Allah bermaksud:

Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu manafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahui. (Ali Imran: 92)

Pintu sedekah juga antara pintu syurga tawaran Allah SWT. Mudah-mudahan segala bentuk sedekah kita dijadikan budaya dan amalan kita supaya kita berpeluang masuk melalui pintu itu.

-->Alhamdulillah semua sewa2 umah dah settle..sewa untuk tahun depan pown dah siap dibayar..Rase lega bila dah x hutang apa2..
Thanks for reading

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...