laluan iklan

Tuesday, 24 March 2009

UJIAN

Share
dah lama rasanya tak menulis..bnyak perkara yg berlaku hnya dalam tempoh seketika.Ternyata diri ini diberi ujian yg pada mulanya terasa sungguh berat utk didalui.Namun dugaan ni tetap ku dihadapi kerana sudah dutakdirkan utk terjadi.

Pernah tak kita ditimpa masalah hingga terasa sesak utk bernafas, terasa dunia terlalu sempit dan tiada siapa pedulikan diri ini. Sebagai muslim yg beriman kepada Allah yg satu..ternyata ketika itu terasa betapa dekatnya Allah dengan kita.terasa Dia sedang berbicara kepada kita

soalan: kenapa aku diuji sebegini?
kerana kita adalah manusia yang dipilih. Ujian dari Allah bukan untuk menyusahkan kita. Perhatikan ayat-ayat Allah di bawah:


Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya? (54:17)

Allah menghendaki untuk meringankan kamu kerana manusia itu diciptakan lemah. (4:28)

Kami tidak menurunkan al-Qur'an kepada kamu supaya kamu menjadi sengsara (20:2)

Inilah ayat-ayat Allah Kami membacakan kamu dengan benar, dan Allah tidak menghendaki sebarang kezaliman bagi semua alam. (3:108)

Jelas dan nyata bahawa Allah tidak menzalimi, meyukarkan atau menyusahakan umatNya dengan ujian-ujian yg tidak mampu ditanggung.Rasul-rasul dan orang-orang zaman dahulu kala pun diuji. Islam itu mudah dan tak menyusahkan tetapi untuk kebahagiaan semua. Ujian bukan kerana Allah benci kita, tapi Ujian sebenar adalah sama ada manusia percaya dan tunduk patuh kepada apa yang dikatakan dalam Quran.

hidup ini tidak akan slalu terasa ini tetapi penuh dengan ujian dan dugaan. Allah kan dah ingatkan kepada kita..

Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan untuk berkata, "Kami percaya", dan tidak akan diuji? (29:2)

Harta kamu dan anak-anak kamu hanyalah cubaan; dan Allah, di sisi-Nya upah yang besar. (64:15)

Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (2:155)

contoh yang mudah untuk mendapatkan sesuatu, seperti ijazah atau perkerjaan. Mesti ada tempoh ujian yang perlu dilalui. ujian diadakan untuk mengetahui kefahaman seseorang itu kepada tentang sesuatu perkara atau subjek yg diuji. Nak lulus pilih la jalan mudah..kenapa perlu merumitkan keadaan. Bersabar untuk melaluinya...

Sungguh, kamu akan diuji dalam harta kamu dan diri-diri kamu, dan kamu akan mendengar daripada orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu, dan daripada orang-orang yang mempersekutukan, gangguan yang banyak; tetapi, jika kamu bersabar, dan bertakwa - sesungguhnya itulah urusan yang patut ditekadkan. (3:186)

Jika diri kita diuji. Ingatlah Allah..Percayalah pada Allah dan Al-Quran. Itu sahaja sumber kekuatan kita..itu lah sumber ketenangan dan kesenangan kita

Dan sesiapa yang membuat kerja kebaikan, lelaki atau perempuan, dan dia mukmin, sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami akan membalas mereka dengan upah mereka mengikut yang paling baik daripada apa yang mereka telah buat. (16:97)
Thanks for reading

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...