laluan iklan

Wednesday, 20 January 2010

warkah cintaku

Share perkongsian tentang CINTA...
teringat puisi yang disampaikan oleh Anna Althafunnisa dalam filem 'ketika cinta bertasbih'

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...

meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

cinta?? suatu kata yang sukar dihuraikan dengan kata-kata. cinta adalah suatu perasaan, kuasa yang begitu kuat sekali, yang wujud antara yang mencintai dan dicintai..Namun, hanya mereka yang mempunyai cinta di dalam hati akan merasa kelapangan dan ketenangan di jiwa..walaupun didatangi badai , yang sukar dirasakan mudah, malah yang berat terasa ringan.

Ingat lah..tanpa cinta siapalah kita..kerana cinta itu juga adalah titik permulaan pada setiap kejadian. Tanpa cinta dari Allah, tiadalah kewujudan kita,insan yang lemah, insan yang sentiasa memerlukan, insan yang takut yang minta dikasihani...

Permulaan cinta haruslah dimulai dengan mencintai pencipta Cinta itu sendiri. Carilah cinta yang hakiki, cinta kepada yang selayaknya..seorang hamba yang mencitai penciptanya akan sentiasa menyintai segala perintahNya, dan membenci segala laranganNya. akan terasa mudah dan tenang melaksanakan syariatNya.. begitu juga dengan mencintai Rasulullah,kekasih yang dicintai Allah. tidakkah akan terasa mudah melakukan sunnahnya..yang dahulu terasa berat kembali ringan dengan wujudnya cinta seperti ini.
terasa manis melakukan sunnahnya, terasa mudah menyampaikan risalahnya dan terasa ringan dan tenang jika diuji sepertinya.

jika aku memiliki perasaan cinta ini..takkan ku simpan cinta itu seorang diri..Cinta haruslah sentiasa dibaja dan ditanam dengan suburnya di dalam hati ini. cinta haruslah dipelihara dan disalurkan kepada yang lain, mereka yang disekeliling kita...kepada dirimu sendiri, temanmu, keluargamu, kepada mereka yang memerlukan dan sentiasa menagih cinta di muka bumi ini.Sabda Rasulullah saw,

“Tidak sempurna iman seseorang diantara kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri.” (HR. Bukhori-Muslim

Pantulkan cintamu dengan ilmu, kebaikan dan kesabaran atas kelemahan mereka. Pantulkanlah cahaya cintamu itu atas dasar dan sebaik-baik sandaran iaitu pada cinta Allah..supaya kamu tidak berada dalam kegelapan hati, terkurung dalam belenggu neraka.. bebaskan dirimu dari cinta yang akan memusnahkan dirimu sendiri. Dengan cinta ini juga..seorang pencinta akan membawa kekasihnya bersama berhimpun dengan semua kekasihNya yang lain. Bersabda Rasulullah SAW:

Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya (di akhirat nanti.)(Bukhari & Muslim)

Namun, mencapai cinta yang sebegini bukanlah mudah wahai sahabatku..kerana cinta itu memerlukan pengorbanan..sejauh mana pengorbanan kita, sejauh itulah cinta kita kepada Allah. cinta kita juga diuji Allah. Dia berfirman,

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Al Imran:31)

sekian sahaja cotetan untuk kali ini

"bermulanya cinta dengan berbaik sangka, disusuli dengan sentiasa bersama dikala susah mahupun senang, dan cinta yang tertinggi adalah mendahului yang dicintai "



Thanks for reading

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...