laluan iklan

Monday, 1 February 2010

resah...gelisah....

Share "hatiku sungguh gelisah..memikirkan banyak kerja yang perlu diselesaikan..sungguh perit ku lalui..tak mampu ku pendam perasaan ini walaupun ku cuba untuk sembunyikannya..namun air mata tetap membasahi pipi dikala ada yang memberi perhatian..
jarang sekali aku dibebani kerja sebanyak ini..nak mendapatkan segulung ijazah bukannya mudah. banyak pengorbanan perlu dilakukan..
di suatu sudut yang lain..diriku lemah untuk melakukan kerja..seperti orang yang hilang arah..memikirkan perkara lain selain kerja-kerja yang aku ada.."

Ya Allah..aku gelisah..aku resah...tenangkanlah hati ini...permudahkan lah segala urusanku..

aku pasti ramai dan hampir semua dari kita pernah melalui saat-saat sebegini..tak kiralah melibatkan kerja dan bebanan yang berat..gelisah untuk mendapatkan sesuatu..mahupun gelisah kerana jiwanya terlalu kosong..

lain orang..lain caranya megubati penyakit gelisah ini..namun apa yang penting seimbangkan hati ini dengan perkerjaan dunia dan perkerjaan akhirat. hati kita akan berasa gelisah dan resah sekiranya kita memberatkan pekerjaan di dunia ini sahaja..

bila difikirkan kerja yang banyak..hati kita akan berasa sangat gelisah..Ingatlah di saat ini jugalah Allah sedang berbicara dengan kita...tandanya Allah sayangkan kita, Dia sedang berbicara dengan kita supaya kita mencariNya dan meletakkan sepenuh sandaran kepadaNya.

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (2:286)
inilah tandanya kita sebenarnya mampu mengatasi perasaan gelisah dan resah ini. Lagi banyak dan sibuk kita terlibat dengan pekerjaan dunia sudah tentulah lagi banyak pekerjaan akhirat yang perlu kita tambah agar kedua-duanya sentiasa dalam keseimbangan.
InsyaAllah,barulah hati kita akan tenang dan damai bahagia hidup di muka bumi Allah ini.
 




Thanks for reading

1 comment:

Anonymous said...

iAllah sis.setiap masalah psti ada penyelesainnya.moga anda tabah mengharungi semua ini.if u need any help,we are here to help u.iAllah.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...