laluan iklan

Monday, 19 April 2010

RESIPI PERKAHWINAN BAHAGIA:

Share harini nk kongsi resipi kebahagiaan..smoga bermanfaat.=)

Bahan-bahannya .

2 kg penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan
ajaran agama Islam.
1 kg rasa cinta dan kasih sayang yang sentiasa membara.
1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan.
4 cawan rasa tanggungjawab.
3 cawan daya penambat hati ( daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati )
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda.
2 cawan pati kemanusiaan.
2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan.
1 cawan rasa kepuasan
1 cawan budi bahasa.
1 cawan perasaan bertimbang rasa
1 cawan tolak ansur dan toleransi.
3 gelas ucapan terima kasih untuk disiram selalu.
1 mangkuk kewangan yang mencukupi.
2 orang anak kecil ( boleh tambah ikut kemampuan @ selera )
4 camca penuh ucapan " maaf kan saya"
secubit campurtangan mertua.

CARA MEMBUAT DAN MENGAMALKANNYA.

Kita adun dengan cermat semua bahan diatas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.
Adunkan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dengan bara api kesetiaan dan kejujuran.
Hiaskan dengan dua atau tiga orang cahaya mata dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan masing-masing ( sesedap rasa)

PERINGATAN:

Jangan sekali-kali dihidangkan dengan sikap dingin dan lidah yang berbisa, penuh dengan sindiran dan kata nesta.
Walau bagaimana enak sekalipun makanan itu, jiak dihidangkan dengan sikap dingin ia akan menjadi hambar.
Hiaskan dengan senyuman manis dan penuh kasih sayang.
Sesekali bawalah hidangan ini untuk dinikmati bersama di tempat peranginan seperti berbulan madu dulu agar kemanisannya tetap kekal selamanya.
Seperti juga masakan, kita mesti mencampurkan sedikit serbuk perasa. Serbuk perasa resepi perkahwinan bahagia ialah keimanan, kesabaran
dan kesungguhan kita untuk mencapai kebahagiaan. Tidak kira betapa besar pancaroba yang melanda.

BERKAHWIN ADALAH SESUATU PERKARA YANG MUDAH, TETAPI UNTUK MENGEKALKAN PERKAHWINAN ITU ADALAH SESUATU YANG AMAT SUKAR,
TETAPI BUKAN SESUATU YANG MUSTAHIL.

dipetik dari buku : MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN =
DATUK MAZNAH HAMID.

Thanks for reading

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...