laluan iklan

Saturday, 5 February 2011

Nenek cekik babi hutan

Share
BUNGA menunjukkan kesan kecederaan akibat pergelutan dengan babi hutan di kebunnya kelmarin ketika ditemui di Hospital Tanah Merah, semalam.
Menceritakan peristiwa jam 8 pagi itu, mangsa Bunga Musa, 70, berkata sebelum kejadian, beliau ke kebun getahnya di Kampung Gemang, dekat sini untuk memetik limau madu yang ditanam di kebun itu selain hendak membersihkan semak di situ.
Katanya, ketika sedang menebas semak di kebun berkenaan, tiba-tiba muncul seekor babi hutan sebesar kambing jantan dipercayai dari hutan berhampiran yang terus menyerangnya. 

“Walaupun memegang parang, serangan babi hutan itu yang pantas menyebabkan saya tidak dapat mengelaknya sehingga saya terjatuh. 

“Binatang itu semakin ganas dan terus menyerang serta menggigit. Saya mengumpul kekuatan dengan memaut dan mencekik kuat leher babi hutan itu sekuat hati hampir setengah jam, sebelum melepaskan binatang itu apabila mendapati ia sudah lemah. 

“Dengan kekuatan yang ada, saya gagahi juga berjalan keluar dari kebun getah itu dan akhirnya dengan bantuan jiran, dibawa ke Hospital Jeli sebelum dirujuk ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di HTM, semalam. 
Bunga berkata, beliau sudah mengerjakan kebun getah itu sejak usia muda lagi dan ini adalah peristiwa pertama beliau diserang babi hutan yang tidak mungkin akan dilupakan. 

“Apabila memikirkan kejadian itu, saya tidak tahu bagaimana boleh melawan babi hutan itu yang sudah tentu kekuatannya melebihi keupayaan saya. Mungkin Tuhan masih menyayangi saya. 

“Keadaan saya kini semakin bertambah baik, cuma mengalami luka kecil akibat digigit binatang itu dan kejadian itu tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus ke kebun. Namun kali ini mungkin saya akan mengajak jiran untuk menemani ketika di kebun itu,” katanya. 
sumber: Berita Harian
nota kaki: makcik ni mmg kuat la..kalau sarah sure nangis ja..babi hutan tu kesian pastu dia pun lepaskan sarah..( mcm nk buat drama ja )



Thanks for reading

9 comments:

kamarukom said...

yg nota kaki tu semcm je...hahaha

penyejuk hati said...

ok pe?? babi hutan ni species yg mudah tersentuh..haha

ïêmå å¢klê§ said...

xtau nak pikir ape...
geli siot ngn babi ni tgk idung die pun dah nk muntah...

MieraNeep said...

alolo...comel plak nota kaki 2...=D

chunna said...

sy ada gak tngok berita ni kt tv pg td dgn mak..mula2 tu wah! kagum giler la kan. pastu tetibe gelak besar plak kitorg. mcm x dpt imagine betape kuatnya macik ni. ye la kan.. klu lelaki n muda2, x heran la.mmg kagum la kt macik ni!

kay_are said...

kuat betul nenek 2.. apekah rahsie nye?? huu

shahjiehan said...

boleh ke buat cam nih
?huhu

penyejuk hati said...

iema: geli jgk..kt sni diorg ske gantung kaki babi yg dh diawek..xtau ape motif..

miera: nangis je tau..hehe (^_^)

chunna: sngt kagum.leh angkt babi utan tu..kuat tul.

kay: xtau la..knp interview mak cik tu la pas ni..hehe

shah: bleh la kot..kalau dh tdesak sngt..:)

nurul ain (khan) said...

mesti kena samak satu badan nie. haha

oh klate negeri ibu mentua ku. hihihi XD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...