laluan iklan

Saturday, 30 April 2011

Masih ada peluang ke nak jadi pramugari??

Share

Semua orang pasti ada cita-cita masa kecil? Ada orang cita-cita dia tetap sama dari kecil sampailah besar..tapi Sarah tak macam tu..Cita-cita selalu berubah..Tak tetap pendirian kah aku ni? or maybe ikut kemampuan diri dan mengikut arus masa.


Mengikut kamus dewan dan pustaka, cita-cita itu adalah kenginan yang selalu berada difikiran atau tujuan yang hendak dicapai…In other words, cita-cita can be anything..nak jadi doktor, nak menjadi anak yang soleh atau solehan,.nak mati syahid…mati dalam iman..nak masuk syurga,, ada impian nak memanjat gunung jerai pun boleh dianggap cita-cita..


Wah..tiba-tiba rasa mcm ahli falsafah lak..siap rujuk kamus dewan lg..saja nak berkongsi psal cita-cita sarah..dulu waktu tadika sampailah darjah 3..Cita-cita sarah nak jadi pramugari..nak kata pernah naik kapal terbang time tu ..mmg tak pernah la jawabnya..tapi sebab sarah suka tgk kakak pramugari yg sangat cantik dalam magazine..teringin sangat nak jadi pramugari..




Bila dah besar sikit tapi ketinggian tak naik sangat..terbatalah niat nak jadi pramugari tu..Dari selalu tengok magazine yg abah slalu baca..bertukarlah kpd baca majalah kuntum,asuh,and buku fairy tales..Bila tengok ja page sahabat2 kuntum masa tu..semua org tulis cita-cita nak mati syahid..apa lg berkobar kobarlah nak mati syahid masa tu..nak jadi ustazah..nampak suci dan baik jer..








Sungguh murni ja cita-cita sarah time tu…tapi bila selalu kena cubit kat perut ngan ustazah baru..kurang sikit lah niat di hati nak jadi ustazah..walaupun keinginan tu selalu ada..Start masuk sekolah menengah cita-cita sarah berubah nak jadi pakar sakit jiwa..tak leh blah lansung..Biasalah time muda remaja..Selalu ada masalah jiwa sampai rasa diri ni dah mmg pro bab-bab sakit jiwa..Plus, orang-orang gila ni kan mostly masuk syurga..kira mcm bkerja ngan ahli-ahli syurga la..




Once dah masuk form4 onward..Cita-cita sarah berubah lagi tapi still dalam bab dealing ngan orang-orang yang ada masalah..Sarah nak jadi psychologist or kaunselor..time ni abah macam risau gak..sebab bidang ni bukan senang..abah lagi prefer sarah jadi doctor..Tapi anak abah yang pelik ni nak gak jadi kaunselor and teringin sangat nak study kat University of Liverpool. ( ni pun pengaruh majalah..time ni obses ngan magazine student digest..baca magazine omputih..)





Peluang tipis sangat..and bukan mudah nak dapat balajar luar negara..Bila dah masuk matrik...Sarah suka tengok lecturer biology sarah, especially mentor sarah..mmg superb la diorg..Sejak dari tu memang menanam cita-cita nak jadi lecturer biology and Alhamdulillah cita-cita dan doa sarah termakbul..Kat sni la sarah berdiri..di bumi UK,,mengabiskan masa yg tinggal sebulan lagi utk habis..
Walaupun tak dapat belajar di university of Liverpool..dapat gak sarah memijakkan kaki kat tempat tu..


uni impian

Kat depan library..cikgu skema kenalah ambik pic kat depan library..tak sempat nak cari school of psychology time ni..pic kat depan library pun ok jer..


Fuh..panjang lak membebel kali ni..but the main point is..DOA adalah kekuatan untuk mencapai cita-cita..Tak kisah lah walaupun cita-cita kita ni asyik berubah..tapi biarlah cita-cita yg membawa faedah..(nak jadi power rangers pink bawa faedah tak?)..Kongsilah cita-cita ni pada ayah ibu kita..keluarga serta sahabat kita..supaya dapat memberi semangat untuk kita and also dapat mendoakan utk kita sekali..


Mungkin ada antara cita-cita kita dulu sampai sekarang belum tercapai..and sarah pasti semua orang ada perancangan masing-masing untuk mencapai cita-cita..dan sebaik perancang adalah Allah SWT..Jadi bila doa kita tak termakbul, pandanglah kehadapan and bersangka baiklah dgn Allah.. sbb apa saja yg berlaku pastinya yg terbaik utk kita..


mungkin kita terpaksa melalui pahit getir dan kesusahan..dalam tak sedar Allah memberi kita sesuatu yang tak disangka-sangka..ketika itu, baru kita akan tersedar yg doa kita telah dimakbulkan..


terasa cepatnya masa berlalu, namun tak terjangkau betapa hebatnya nikmat yg telah Allah berikan selama ini megatasi segala tangisanku yg lalu..Alhamdulillah..kini doaku termakbul..dan insyaAllah impian dan cita-citaku takkan berhenti di sni..Mane nak tau,dapat jadi kaunselor jgk suatu hari nnt..


:: tapi..ada hrpn lagi ke nak jadi pramugari ek? ..xpela..baik jadi bidadari di syurga nanti .cantiknya kekal..bidadari di dunia kecantikannya akan pudar juga dimakan usia..::


ok,tc semua.
Thanks for reading

8 comments:

ADfeez said...

buatlah pembedahan tulang.. tarik tulang kasi panjang... huish..:P

qyqa said...

hehehe..
kalau kak sarah jadi kaunselor, mesti ramai ni nak jumpa..
hehehe

^^

RaNiA said...

alhamdulillah..tercapai jugak cita-cita adik..semoga terus berjaya ye...;-)

kay_are said...

xyah jadi pramugari r sarah.. nanti ramai passenger jatuh cinta susah lak.. =P jadi je cikgu biologi tu, leh didik anak bangse kan.. lagi mulia keje mendidik ni =)

SYAFIQ TENGKU said...

hehe.. jadi ah otomen.. leh terbang sekaligus membantu org..

murni said...

tajuk entri gigit jari..isi entri superb! :)

Lulu Rahman said...

jenjalan jumpa akak yang jauh kat sane :)
good luck for everything ;)

Green Apel said...

ika pun ada berangan dulukala nak jadik pramugari, pasal tak cukup inci, cancel terus berangan...muahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...