laluan iklan

Monday, 20 June 2011

Kagumnya…

Share

Salam semua..

Dah lama and sedikit malas untuk menulis blog sebab internet kat umah mmg sukar untuk dimaafkan..anyway, even sarah balik Malaysia every year sepanjang belajar kat UK dulu, banyak sangat perubahan yang sangat-sangat buat sarah kagum…ada jugak benda yang tengah ambik masa nak adapt..

1. Use you own bag

Tahun lepas time sarah balik, just hari tertentu saja bag plastik kena bayar..tapi skrg kebanyakkan kedai memang tak sediakan bag plastik percuma..maaflah kalau sarah ketinggalan pasal hal ni..cuma sangat kagum dengan penerimaan orang kita..semua orang bawa bag sendiri..bag pun yang boleh dikitar semula..ada jugak yang sanggup pegang barang sampai tak menang tangan dari beli beg plastik..kat UK sendiri budaya ni mmg dah lama diaplikasikan..bag plastik percuma still disediakan for certain kedai..tapi disebabkan dah biasa bawa bag sendiri..they dont need extra bag

Bila bag plastik percuma tak disediakan..bag kitar semula pulak dijual..comel and banyak jenis pulak tu..kalau kat UK dulu siap ada orang buat koleksi bag kitar semula lagi..setiap bulan keluar design baru..bukan apa, bag kitar semula ni bukan jenis tahan lama sangat..so, kena jugak beli yang baru bila dah rosak. Sarah ada a few collection of reusable bag ni..nanti kotak2 dari UK dah sampai sarah tunjuk okeh!!

2. Bangunan

Ni specifically kat area rumah sarah..MAK AII!! cepat betul bangunan2 siap dibina..betingkat2 lak tu..firstly condo mewah betul-betul bertentangan rumah sarah..satu rumah harga die RM3 juta!! memang sampai tua takkan mampu la nak beli rumah mahal camtu..

oneRitzResidence 

Secondly tesco baru kat tanjung pinang..tah bila la bangunan tu ada kat situ..balik2 ja dah siap and akan dibuka..sebagai peminat no.1 TESCO..hati ini berbunga riang sekali..kalau boleh nak buat rumah dalam tesco..senang sangat..nak masak apa ambik ja kat situ..senang citer…semua benda leh carik kat situ…^_^

tesco-tanjung-tokong

Selain dua bangunan ni..bnyak gila bangunan lain yang dah siap dibina kat penang..shopping complex pun dah bertambah..apartment and condo pun bukan main bertumbuh dan bercambah..macam pisang goreng panas..(jap…pisang goreng bertumbuh ke?? haha )

3. Perempuan cantik

Okeh..yang ni amatlah ketara sangat…kenapa bilangan perempuan cantik di Malaysia seperti bertambah dengan mendadaknya?? and memang sah-sah la persaingan akan semakin sengit..macam-macam jenis fashion bertudung skrg ni..Sarah rasa begitu ketinggalan bila tengok orang lain bergaya dengan fashion yang cantik2..mulalah perasaan cemburu timbul..takpelah, nak bergaya ni limit dia jangan berlebihan and sentiasa tampil sopan,,so tak kisah la baju tu tahun bila kita beli or berapa pun harga dia, asalkan kita happy and selesa dengan apa yang kita gayakan..

4. Kerusi urut

Korang perasan tak?? or korang dah lama perasan…bilangan kerusi urut Gintell ‘Rest N’ Go’ dah bertambah..wahh..syiok gilerrrr kot tengok kerusi urut nie..disebabkan terlalu excited, sarah cuba sendiri for 3 minutes…rm1 je pun..memang best la..kalau boleh nak tambah masa lagi, tapi segan pulak..sebab kerusi ni kat tempat orang ramai lalu kan..

gintelmassagechair

tapi kan…kerusi urut tu besar and lebar sangat..disebabkan nak letak kepala kat tempat kepala…kaki pulak tak sampai kat tempat urut kaki..for those yang tak pernah cuba..you should try this kerusi urut..memang sedap je kena urut..nak beli mahal sangat..

Yang tu je lah for now..kalau nak list down memang banyak sangat benda-benda lain yang buat sarah teruja..tapi cukup la 4 benda ni jer..Sarah pun duduk kat rumah jer sambill tunggu dapat posting kerja kat mana..sapa-sapa nak ajak kuar date and nak belanja makan..memang sangat-sangat dialukan..

DSC_0312my sister @ cathay pragin mall..ktorg tgk super 8 time ni ^_^

DSC_0242

sarah @sushi king mid valley ^_^

2minggu balik…sudah gemok lorh!!!


Thanks for reading

5 comments:

padle said...

welcome home!

kalau jnjalan g mines ke,alamanda, ajak ye...^_^

Zalikha said...

you stay kat mana? Damansara? ahah..last year i backpack UK and europe for two months..balik2 je, dh start the NO plastic bag thing.. hehe :)

penyejuk hati said...

padle: InsyaAllah..pape nnt roger2 ^_^

zalikha:I stay penang..so many good things kita bleh bljar bila merantau ni kan..'ambik yg baik,buang yg keruh'
-nice knowing u-

kay_are said...

ish ish.. nampak sangat dah lame gile tak balik malaysia ye.. sampai malaysia dah banyak berubah pun tak perasan.. ape pun.. selamat pulang!! ^_^

Cloud Barakbah said...

hai sarah...how r u??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...