laluan iklan

Sunday, 7 August 2011

Napelah degil sangat?

Share      Wink wink..

Hows ramadhan so far? harap-harap semua orang still semangat berpuasa..semangat beribadat kepada Allah SWT jugak insyaAllah..

Dalam sibuk-sibuk menjalani ibadat berpuasa ni, terkena la jugak kita semua dengan tempias angin sepoi-sepoi syawal ni..baru seminggu berpuasa dah fikir pasal raya..almaklumlah, semua orang dah sibuk nak sediakan baju baru, kasut baru, beg baru..kereta baru.perabot baru..kalau boleh semua nak baru la.. ^_^
Tak salah nak tukar semua baru, asalkan jangan membazir..tukar bila menjadi 'keperluan'..bukan kehendak kita semata-mata..

Sarah sendiri pun tak lari dari nak menukar 'baru' ni..tadi sempat singgah kedai perabot tengok-tengok kalau ada Sale..mmg takyah tengok pun takpe, mmg sah-sah time raya ni akan ada sale..

kekejaman terhadap wanita ke?

Tadi lepas balik dari kedai perabot, Sarah singgah jap depan penjara pulau pinang dengan mak..bukan sebab nak melawat or nak menyambut sapa-sapa..just teman mak jumpa kawan mak..

Tengah syok melayan lagu 'pokok' kat radio..ada la sebijik moto parking belakang kereta mak..Mamat atas moto tu asyik tolak awek dia turun dari moto..yang awek die pulak taknak turun..(degil gak awek ni)..Mula-mula sarah memang malas nak ambik tau..tapi lepas ditolak-tolak,ditarik kaki..mamat tu terus cekik awek dia..2 kali lak tu..kesian gak kat awek tu, tapi napelah kau degil sangat chek oiii.

Dengan machonya sarah pun bukak la pintu..konon nak bagi diorang malu sikit la dengan tindakan diorang..dah la depan orang ramai..actually kesian kat awek tu..dah kena cekik.tak pasal-pasal mati anak dara orang..Time melangkah kaki keluar dari kereta..tiba-tiba ada anjing lalu..memang lari balik masuk kereta..(salah timing anjing ni lalu)


Lepas tu mamat tu tarik tangan awek die..awek die tolak balik..berlakulah pergelutan di situ..sampai terputus jam tangan mamat tu (ganas tul awek penang ni..)..apa lagi..mamat tu macam bengang,then tarik rantai emas (emas la kot) perempuan tu and masukkan dalam beg die.. tengok awek dia mcm merelakan ja rantai emas tu diambil..

Pokok pangkalnya kita tak tau masalah diorang ni..tak tau sapa yang patut dipersalahkan..mamat yang berkasar dengan perempuan..or awek yang terlalu degil??



In this case, lelaki tak sepatutnya berlaku keras terhadap wanita..bukankah tugas lelaki itu untuk melindungi kaum hawa dan menghindari kekerasan?  Seorang lelaki ditegaskan oleh Allah SWT untuk menjadi seorang pelindung dan hendaklah selalu berbuat baik terhadap wanita..Islam jugak melarang sama sekali kekerasan dalam rumah tangga..

Seorang lelaki yang baik harus sedar akan peranannya sebagai seorang pemimpin dan pelindung dalam keluarga. Maka, berbuat baiklah terhadap wanita-wanita yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk dilindungi. Layanilah mereka sebaik mungkin.

"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." (Surah an-Nisa, ayat 34)

Sampai sini sajelah coretan sarah..smoga kita semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah itu tadi..^_^



Thanks for reading

2 comments:

padle said...

fushoo....jaat btul laki tu..xelok berkasar thadap wanita ni...^^

cik purple said...

hmmm...no komen...tp ade sesetengah lelaki mmg tak leh pakai..begitu jgk ngan pmpuan..heee ^^ adil kan??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...