laluan iklan

Tuesday, 2 August 2011

P.U.A.S.A : Ramadhan bulan penuh rahmat dan pengampunan

Share
Alhamdulillah…diri ini masih diberi kesempatan bertemu lagi dengan bulan ramadhan, bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan, bulan yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Bersyukur lagi kita kepada Allah SWT kerana memberi kita semua sejuta kekuatan untuk berpuasa dan melimpahi kita dengan keluasan rezeki  sepanjang bulan puasa ini.

^_^

Alhamdulillah masuk harini, hari ke2 umat Islam menjalani ibadah puasa..sure ramai yg tak sabar menunggu saat berbuka puasa..seronok tengok macam-macam ragam manusia ketika berpuasa ni,especially budak-budak kecil yang baru nak belajar berpuasa..gagahkan diri berpuasa sebab nak duit raya lebih..

Sebagai permulaan ramadhan ni, elok sangatlah kita semua saling bermaafan..minta maaf dengan ibu ayah, kawan-kawan, jiran kita, tak lupa jugak dengan guru-guru kita..tak semestinya nak mintak maaf kena tunggu hari raya nanti..kan lebih baik bermaafan sekarang, hati kita akan menjadi lebih tenang…ibarat gugurnya satu beban yang sangat berat..once dah terasa ringan dan tenang, baru senang kita nak beribadat nanti..

Lagi satu, ingatlah..kita beribadat ni bukan kerana bulan ramadhan semata-mata, tapi kerana Allah SWT.  Masa ni la masa yang terbaik untuk menjadi titik tolak perubahan diri kita untuk menjadi lebih baik.

Sebagai manusia,kita takkan terlepas dari ujian, termasuklah bulan ramadhan itu sendiri. Bulan ramadhan adalah satu-satunya bulan dimana kita semua diuji dengan pelbagai jenis ujian sebagai tujuaan melihat kesabaran kita terhadap ujianNya demi memperoleh seribu kebaikan daripadaNya.
Firman Allah SWT:
               
يَأَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَ امَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُنِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ

Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

(al-Baqarah : 183)

Maka, dengan itu..marilah kita membentengi puasa kita dari factor-faktor yang boleh megurangi pahala puasa kita.

Jabir bin Abdullah menyampaikan petuahnya:
إذا صمت فليصم سمعك وبصرك ولسانك عن الكذب والمحارم ودع أذى الجار, وليكن عليك وقار وسكينة يوم صومك, ولا تجعل يوم صومك ويوم فطرك سواء
“Seandainya kamu berpuasa maka hendaknya pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu turut berpuasa dari dusta dan hal-hal haram dan janganlah kamu menyakiti tetangga. Bersikap tenang dan berwibawalah di hari puasamu. Janganlah kamu jadikan hari puasamu dan hari tidak berpuasamu sama.” (Lathaa’if al-Ma’arif, karya Ibnu Rajab al-Hambali, hal: 292)

Selain menahan lisan dan menjaga pandangan dari perkara-perkara yang tidak baik, iringilah ramadhan kita kali ini dengan amalan-amalan yang baik antaranya:

  •     Lebihkan amalan solat sunat dan berzikir
  •     Banyakkan membaca Al-quran
  •     Banyakkan bersedekah, memberi makan kepada  orang yang akan berbuka puasa
  •     Menambah ilmu dengan membaca buku dan menghadirkan diri ke majlis ilmu.
  •     Awalkan waktu berbuka dan lewatkan waktu bersahur. 
  •      Jauhi perkara yang tidak membawa faedah.
  •     Jangan membazir.
  •     Berjimat cermat ketika membeli juadah berbuka dan ketika membuat persedian menyambut lebaran nanti.
  •     Menutup aurat.
  •     Dan jangan lupa zakat fitrah yer! ^_^



Mari kita semua berdoa agar Allah SWT member kita semua hidayahNya dan kekuatan bagi menempuhi segala ujian dan dugaan di bulan ramadhan ini..

Di sini jugak Sarah nak minta maaf kepada rakan-rakan dan kepada sesiapa yang mengenali diri ini jika ada kata-kata yang salah, tulisan yang menyentuh hati, janji yang terlupa dan apa sahaja perkara yang telah mengecil hati korang semua..

Jom kejar kebaikan!!


Thanks for reading

1 comment:

padle said...

selamat mnyambut ramadan!

kalau bukak puase mkn roti john,kasi niat kat saye ye...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...