laluan iklan

Thursday, 29 December 2011

Perangai pelik ketika di pasar raya

Share

Harini saya nak kongsi tentang perangai-perangai or sikap sesetengah golongan manusia ketika membeli barang-barang keperluan rumah di pasaraya-pasaraya besar sebagai contoh Tesco, Giant, sunshine dlnn. Semua contoh ni saya tulis berdasarkan pemerhatian saya ketika membeli barangan dapur di Tesco baru-baru ini. Tak dinafikan juga saya tergolong di antara contoh-contoh di bawah..tak semua, tp ada la..

eggs11. TELUR. Disebabkan tesco menjual telur pelbagai saiz dan hanya dikawal oleh cctv (most of the time), ramai mengambil kesempatan utk menukar saiz telur yg kecil kepada yang besar dan membayar dengan harga saiz telur kecil. Kalau tukar telur yang kecil dengan yang kecil (tukar sebab ada yg pecah) boleh terima lagi,tp kalau dah tukar dengan saiz yg besar mmg tak patut sekali.

 

 

 

Fruits-and-Vegetables

 

2.TESTING..TESTING. Disebabkan semua barang dibiarkan utk pengguna memilih,ada pulak yang seronok dok testing buah-buahan. Kalau setakat nak merasa sebiji anggur boleh lagi diterima, tapi ni sampai nak testing sebiji epal. Tak pernah lagi la pulak orang testing sebiji epal. Pilih epal yang mahal pulak tu. Alang-alang dok testing epal, apakata testing saja buah tembikai, pisau mintak kat pemotong buah..grrr

**kalau kat UK dulu, diorang ada tabiat makan dulu baru bayar, air minum separuh botol dulu, bila dah sampai kaunter mereka pastikan semua itu dibayar.

 

 

3.BIBIK KAN ADA. Bila dah ada bibik (pekerja di pasaraya), boleh la sesuka hati letak barang yang kita tak nak kat mana-mana sahaja. Kalau letak makanan kering or barang-barang lain kat mana-mana ok lagi..tapi ada yang letak ikan kat tempat baju, buah kat tempat sabun..memang tak patut. Pekerja kat situ pun kerja makan gaji, apa salahnya kita letak balik barang yang kita tak perlukan di tempat asal..mana nak tau, ada orang yang perlukan.

 

4.TUKAR BARANG.Yang ni memang paling teruk. Disebabkan pasaraya besar mementingkan tahaip kesegaran barangan mereka utk dijual, barangan basah yang dibiar terlalu lama atau tidak segar dibungkus dan diturunkan harga. Namun, disebabkan terlebihnya akal,ada golongan manusia yg membuka bungkusan itu, dan menukar barangan tidak segar kepada yang segar.

 

5.STOK AKHIR. Yang ni part paling best, bila nak tutup kedai. Barangan basah yang tak habis dijual akan diturunkan harga. Selalunya starting pukul 11, kebanyakan roti-roti dilelong dengan harga murah. Kul, 11.30 makanan seperti ayam pangang, sushi dlln pulak dilelong. Around this hour orang tak beli dah barang, just tunggu barang-barang dilelong. Sbg contoh (donut pelbagai perasa 6biji=rm2, pisang 3kg=rm2…) Kebanyakan orang berniaga datang beli masa ni, itu pun still jual makanan mahal-mahal..ish ish..

Cukuplah sampai disini saja..I’m sure banyak lagi perangai or sikap orang kita ketika membeli belah…and for sure ada jugak diantara kita yang pernah experienced benda yang sama. Walaupun kita sebagai pengguna ada hak kita, mereka sebagai peniaga dan perkerja juga patut dihormati.

DONOTSTEAL

Opssss…jangan membazir yer!!

^_^


Thanks for reading

2 comments:

cik miera said...

haha.. siyes ke ada yg tukar saiz telur??lawak je.. xpenah nmpak lagi la. kalau nmpak, mmg gelak jela.. hihi

kay_are said...

yang tukar saiz telur macam jarang nampak.. tapi orang tunggu sampai kul 11 tu memang ade je.. kadang2 ade gak wat.. baru r jimat! =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...