laluan iklan

Thursday, 22 March 2012

Jiran Pelik + Buruk perangai

Share

Entry kali ni ditulis kerana rasa tidak puas hatinya saya terhadap jiran saya…jiran ke??

Cerita dia camni…7 thn lepas my parents ada beli tanah dari seorang pak cik..tanah tu tanah pusaka pak cik tu dengan sedara-sedara yang lain.rumah area kampung camtu….dipendekkan cerita kami bina rumah di atas tanah tersebut..

umah 1

Macam ni la kedudukan rumah kami dengan jiran-jiran yang lain…selama beberapa tahun kami duduk aman dan damai….

Selepas beberapa tahun…jiran kami mula menunjukkan belang mereka yang sebenar…Jiran 1 mula menanam pokok disekeliling rumah mereka..termasuklah menyusun pasu-pasu sebagai benteng pertahanan awam mereka..

umah 2 

Tak cukup dengan itu…jiran 1 mula menanam pokok yang lebih besar untuk mengukuhkan lagi benteng pertahanan mereka itu…Disebabkan keadaan pokok kelapa yang besar…maka,kereta kami tak dapat masuk ke halaman rumah kami sendiri…

umah3

Jiran 2 pula mempunyai perangai yang agak pelik…suka memberi makan kepada kucing mereka di hadapan pintu rumah kami…dan juga gemar memasak betul-betul di hadapan pintu rumah kami…pada waktu kami tiada di rumah, tanpa meminta kebenaran…siap mengusung tong gas dan dapur memasak sekali..(gambar di zoom in untuk pemahaman yang lebih jelas)

umah 4

Tak cukup jiran 1 meletakkan pasu sekeliling rumah mereka…rajin sungguh mereka meletakkan pasu-pasu yang baru di halaman belakang rumah kami…

umah 5

Kerana kami bukan sedara terdekat mereka (malahan sedara seagama dengan mereka)…dan tidak mahu memanjangkan cerita kami mengalah…tapi tak bererti menyerah kalah…

Sungguh tak sangka masih ada manusia sebegini..walaupun pada hakikatnya semakin bertambah manusia yang TAMAK ..

Tak dapat dijangka apa lagi strategi jiran 1 dan jiran 2 untuk mengukuhkan ‘benteng’ mereka itu…

Jiwa muda saya semakin teruji…tapi memikirkan mak dan abah…saya masih bersabar and cuba untuk tidak memikirkan hal yang remeh temeh ini..

Bukan sempadan rumah yang dipisahkan dengan pasu-pasu dan pokok-pokok besar mahupun tembok konkrit dikejar dalam hidup berjiran mengikut syariat Islam..namun, perkongsiaan nilai hidup harmoni, hormat menghormati serta mengambil berat yang perlu dipupuk dan diserap dalam hati sesama jiran tetangga.. ^_^

 


Thanks for reading

7 comments:

chunna said...

oho... bersabar lah...
smoga Allah buka pn2 hati mereka. dn akhirnya mereka2 malu pd dirii sndiri..

world of my own said...

apakepelik sgt perangai huhu. sabar jela sarah.

khairul said...

Kdg2 jiran nie mmg suka wat perangai..kena sabar je la..

jay said...

cerita yg menarik yg bole dijadikan kenangan utk anak2 cucu..malahan jgk boleh didramakan dgn tajuk 'COBAAN'.

sabaq ceq..btui... x kena dkt org lain pndai la ckp kan..

walau apa2 pun suma ni ujian kehidupan dan kifarah..

dlm kehidupan ini ada contoh2 teladan..dan sebaik2 contoh adalah kehidupan Nabi SAW..kalau dikenang2 blik mcm2 ujian dn rintangan Nabi kita dlm mnyeru manusia dlm Islam..Nabi dihina,dicerca,dibaling dgn najis,etc.

apa yg Nabi bt?Nabi tak bls prbuatan mereka malah Nabi balas dgn kebaikan..

ada 1 cerita yg sy dgr..lbih kurang la cerita..ada seorang yahudi tua yg buta matanya..sapa2 yg lalu dkt dia dia akan bg tau jgn dgr ckp Muhammmad...dia kata Nabi kita gila mcm2 lg la...Nabi SAW adalah seorng yg tggi akhlaknya..tiap2 hari Nabi akan ke rmh org yahudi tu utk bg makanan pd dia sdgkan org tua tu hari2 dok maki Nabi...setelah Nabi wafat saidina Abu bakar tya (kalau tak silap Aishah)apakah amalan Nabi ketikaa Nabi nk wafat?Aishah bg tau setiap hari Nabi akan bg org yahudi tua yg buta mata makan..lalu saidina Abu bakar pun p la rmh org tua tu utk bg makanan dkt dia..org tua buta tu rasa pelik dan dia tya hg bkn org yg sebelum ni yg bg makan kt aku..org yg seblum ni yg bg mkn kt aku makanan dia agak lembab(makanan tu sedikit bsah pasai Nabi kulum dulu baru bg org tua tu mkn sbb org yg ada darah Nabi dlm dirinya diharam api neraka..lbih kurng dlm cerita Nabi suruh seorg sahabat buang darah bekam tp sahabat tu minum darah Nabi..Nabi bg tau diharamkan api Neraka pd org yg ada darah Nabi dlm tubuh dia)berbalik pd cerita td saidina Abu bakar bg tau pd org tua tu yg bg makan dkt hg sebelum ni adalah Muhammad..terkezut beruk org tua tu..selama ni dia dok maki hamun Nabi baguih pnya dok ada sedangkan Nabi la yg bg mkn hari2..setat dr tu org tua tu pun convert..

kembali pd mslh ceq td..cuba kita bt2 baik dgn jiran2 1 dan 2..tlg depa ka..klau bole tlg siram pokok bunga kt depa lg baguih..bt2 mcm tak dak apa2 yg berlaku..ckp la cntik pokok makcik tanam ni dpt kt mana?jiran sorng lg plak bila dia msk dpn rmh ajak dia berkelah skali ka..bt unggun api sama dgn dia ka msk skali..klau jmpa depa senyum walaupun hati terbakaq..ada makanan sedekah kt depa..tu ja la sy nk bg tau..ni contoh ja..sy x suruh bt..tp nk praktik pun ok jgk..tgk skit depa ni mcmna..tp kdg2 kita kena saiko blik..

ok Sarah..sori kalau ada slh slp(mmg ada pun..huhu)moga2 Allah tgktkan Iman anda sekeluarga..Amin

p/s..cerita td bole rujuk pd ustaz2 yg mursyid...ada slh dan slap terlbih @kurang ampunkan aku o Allah..

kay_are said...

memang pelik sesetengah manusia ni.. ape pun sabar je ye =)

fairus said...

APE KE PELIKNYA PERANGAI JIRAN2 AWAK TU.. ADUHAI..

Unknown said...

aku le jiran nbr 2 tu hahahaha gurau je teruk le jiran awk tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...