laluan iklan

Saturday, 21 July 2012

Kolej Matrikulasi Labuan

Share Alhamdulillah, harini masuk seminggu Sarah berada di Labuan, pulau yang kecil, namun suasananya sungguh tenang..

Sesampai di lapangan terbang Labuan, terasa sedikit sayu dihati mengenangkan keluarga di rumah, kucing yang tiada teman bermain, rakan-rakan dan sedara-sedara yang lain. Terasa sangat perit pada mulanya berada di sini. Makanan di cafe pelajar yang tak kena lansung dengan selera tekak, keadaan bangunan yang mula menunjukkan tanda-tanda dimakan usia, air yang kurang bersih dan pelbagai lagi perkara yang bukan kebiasan kita. Namun...

Disebalik kepayahan itu..

Ada cafe pentadbiran yang mengikut selera semenanjung. Jalanraya yang tak sibuk, pengarah yang ramah dan tak terlalu ikut protocol, staff-staff yang banyak membantu. Dan kehadiran bazar ramadhan ketika bulan puasa.

Walau apa pun kelebihan dan kelemahan berada di sesuatu tempat yang baru, yang paling penting..biarlah kita yang mengikut keadaan, bukan memaksa keadan mengikut kehendak kita..kerana kita akan mudah berasa syukur..

-banyak lagi benda nak explore kat labuan ni, kalau ada yang nak datang labuan inform la yer.^_^




Thanks for reading

3 comments:

kay_are said...

selamat berpose di tempat baru.. mesti lain situasi dekat sane kan? ape pun, terus semangat untuk ngaja ye =) good luck!

naqonaqiuddin said...

Waa!!! sarah kat Labuah sekarang, Good luck and enjoy....haha

Spikey Fidz said...

Bile la dapat mara melawat labuan huhuhu

seek4stuff.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...