laluan iklan

Tuesday, 15 April 2014

Bukan rezeki aku untuk berpindah

Share
Assalamualaikum..

Harini 15/04/2014 adalah hari yang sangat menyedihkan dimana permohonan aku untuk berpindah untuk tinggal bersama suami TIDAK LULUS..

Air mata terus mengalir bila dapat tahu permohonan tidak berjaya. Aku bukanlah yang selalu disebut-sebut 'layak' untuk berpindah kerana baru lagi menjejakkan kaki di Labuan..

Istilah 'baru' bukan kayu pengukur perpindahan seseorang..pasti ada sebab yang munasabahan seseorang itu ingin berpindah.

Mudah untuk 'mereka' menghantar pensyarah ke Labuan..tapi susah pulak nak luluskan permohonan perpindahan..macam-macam alasan yang diberi..

Walaubagaimanapun, melihat rakan-rakan lain dapat berpindah..diri ini tumpang gembira..mereka akhirnya dapat keluar dari pulau Labuan ini..

Bagi aku dan suami..Bukan rezeki kami untuk berpindah lagi..
masih perlu berulang-alik KL-LBU
InsyaAllah ada hikmah disebalik semua yang terjadi..
Semoga hubungan rumahtangga kami tetap erat walaupun berjauhan..

AMIN






Thanks for reading

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...