laluan iklan

Sunday, 6 July 2014

Tips berPuasa bagi ibu hamil

Share
Alhamdulillah..harini 6/7/2014 genap 18minggu usia kandunganku..dan genap seminggu aku berpuasa..

Pengalaman berpuasa ketika hamil
           
      So far alhamdulillah masih lagi diberi kekuatan untuk berpuasa walaupun hamil. Bezanya bepuasa ketika hamil adalah keletihan dan ketidakhadaman..kelaparan di awal waktu dan kedahagaan setiap waktu..hehe
       Walaupun husband selalu nasihat jangan berpuasa kalau tak larat aku still gagahkan diri sebab rasa rugi kalau tak puasa( waktu hamil boleh puasa penuh). Setiap saat aku fikirkan kandungan aku, takut-takut baby tak dapat nutrient dan air secukupnya.
Okeh..kalini aku nak share tips bepuasa ketika hamil based on reading dan experienced.

TIPS berpuasa ketika hamil

  • minum air yang banyak bermula dari waktu berbuka sampailah bersahur. Kalau boleh guna botol yang ada sukatan air. Digalakkan untuk minum 1.5-2 liter air sehari untuk kurangkan dehidrasi.
  • Amalkan memakan makanan yang boleh beri kita tenaga terutamanya buah kurma. Aku memang wajibkan diri makan kurma ketika sahur dan berbuka.
  • Minum susu ketika sahur dan malam sebelum tidur. Dua kali sehari. Pernah sekali aku terlupa minum memang kejang kaki yang teruk satu malam.
  • Kurangkan makanan dan minuman manis. Aku memang minum air manis time berbuka tapi pastikan minum air masak seliter lepastu.
  • Ambil supplement sebelum tidur
  • REHAT secukupnya dan kurangkan berpeluh sebab dehidrasi boleh membahaykan kandungan.

Tanda-tanda bahaya dan digalakkan berbuka puasa
  • berat badan tidak bertambah
  • rasa sangat dahaga dan air kencing bewarna gelap ( tanda dehidrasi )
  • pening kepala dan demam
  • loya dan muntah-muntah ( muntah boleh menyebabkan badan kurang air)
  • sakt perut memulas seperti hendak bersalin (takut mengalami kelahiran pramatang)
  • ibu hamil yang mepunyai penyakit kronik seperti diabetes mellitus, hipertensi, sakt buah pinggang dan anemia tidak digalakkan berpuasa

menu bersahur so far...
1) susu dan cornflake. 2 gelas air masak dan kurma
2) roti dan telur..1 gelas susu anmum 2 gelas air masak dan kurma.
3) nasi dan lauk..1 gelas susu anmum 2 gelas air masak dan kurma ( yang ni tak berapa jalan sebab tak lalu makan nasi waktu bersahur)

okeh..setakat ini perkongsiaan kali ini..esok 7/7/2014 ada appointment dengan doktor di klinik membidai..harap-harap tak perlu menunggu 3 jam macam 2 minggu lepas..^_^




Thanks for reading

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...