laluan iklan

Monday, 15 September 2014

28 weeks : Ujian MOGTT (minum air gula)

Share
Alhamdulillah dah masuk 28 minggu kandunganku..
Isnin 15/9/2014 ada appointment dengan doktor untuk scan dan minum air gula

Ujian MOGTT ( modified glucose tolerance test) ini wajib untuk ibu hamil yang berusia 25 tahun ke atas @ mempunyai sejarah keluarga yang ada kencing manis @ kenaikan berat badan yang mendadak.

Tujuan
Ujian dilakukan untuk memeriksa jikalau ibu menghidapai kecing manis@diabetes semasa mengandung.

Selalunya ujian di ambil apabila kandungan masuk 7 bulan.

Procedur ujian MOGTT klinik kesihatan

  • Malam sebelum -ibu wajib berpuasa makan dan minum bermula pukul 10 malam.
  • Datang klinik sebelum pukul 8 pagi dan tunggu giliran untuk ambik darah kali pertama (pre-test)
  • Walaupun nombor 29..tapi kecekapan staff nurse mengambil darah tak perlu tunggu lama
  • Lepas ambil darah, terus ke bilik berkenaan untuk minum air gula (75g glucose + 250 air suam kepanasan)
  • BEWARE: air mungkin masih panas, so jangan terus minum, periksa kepanasan air dulu.-once dah minum kena habiskan dalam masa 10 minit.
  • Lepas 2 jam, ambil darah untuk kali kedua (post test)
  • Boleh balik - result ujian selepas seminggu
Jangan makan atau minum selagi belum ambil darah kali ke-2
kalau muntah perlu buat appointment baru untuk ujian seterusnya
Ujian pre dan post dilakukan pada tangan yang berbeza.




Skala bacaan ujian MOGTT:

  1. bebas daripada kencing manis  <7 .8="" 7.8="" dari="" kurang="" li="" mmol="">
  2. Impaired glucose tolerance   7.8-11.0
  3. Diabetes mellitus  >=11.1 ( melebihi atau sama dengan 11.1)
  4. gestational diabetes > 7.7 ( melebihi 7.7)
Pengalaman sendiri
For me rasa gula tu tak seteruk yang selalu disangka..macam air larutan gula aising. Kalau pernah rasa gula aising masa buat kek..macam tulah rasa air gula tu.
Kalau siapa selalu minum air manis..ujian gula perkara yang mudah baginya...^_^






Thanks for reading

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...